Monday, November 29, 2010

HARI ANUGERAH SKSL 2010

SELASA 16 NOVEMBER 2010 : SKSL telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang bagi murid sekolah ini, Acara majlis termasuklah Konvo Murid-murid PraSekolah, Majlis berjalan dengan lancar dan dimeriahkan lagi dengan persembahan murid-murid sekolah. Persembahan murid-murid sekolah adalah seperti Coral Speaking, persembahan murid-murid prasekolah, persembahan murid tahun 6 dan koir.

SUKANEKA SKSL

KHAMIS 14 OKTOBER 2010 : Sukan tahunan yang dijalankan pada tahun ini adalah sukaneka. Sukaneka di SKSL melibatkan hanya 3 buah rumah sukan iaitu kunig, biru dan merah. Inilah keunikan SKSL kerana hanya mempunyai 3 buah rumah sukan. Hal ini kerana SKSL adalah sebuah sekolah yang mempunyai bilangan murid yang sangat kecil. Secara keseluruhannya sukaneka ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Juara rumah sukan adalah rumah kuning, kedua rumah biru dan ketiga rumah merah.

Wednesday, October 6, 2010

Merentas Desa SKSL 2010

Aktiviti Merentas Desa SKSL 2010 diadakan dengan meriah dan lancar tanpa terjadi kejadian yang tidak diigini. Kerjasama oleh semua pihak sangat membantu dalam mengadakan aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekian..

Monday, September 20, 2010

GOOK LUCK YEAR 6 FOR YOUR UPSR

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6. Peperiksaan UPSR ini berlansung selama 3 hari dari 21 hingga 23 SEPTEMBER 2010. Buat yang terbaik semua..